skip to Main Content

Latar belakang syarikat

Syarikat Papadom Marketing ini mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 2018, iaitu 11 Jun 2018. Pada asalnya, servis pemasaran yang dijalankan hanyalah sekadar di sebalik tabir (underground) sebelum mula didaftarkan secara rasmi. Bantuan pemasaran yang ditawarkan adalah untuk membantu kebanyakan syarikat-syarikat yang memerlukan bantuan untuk pemasaran produk ataupun servis masing-masing. Disebabkan permintaan masyarakat dan orang ramai yang memerlukan servis ini, kami berhasrat menubuhkan secara rasmi syarikat pemasaran yang diberi nama ‘Papadom Marketing’ dengan no pendaftaran 002853173-H.

Kekuatan kami adalah, kami menggunakan tenaga pakar dalam setiap pelaksanaan projek.Telah banyak syarikat, kelab persatuan pelajar dan NGO yang mendapatkan perkhidmatan Papadom Marketing untuk menaikkan bisnes dan servis mereka dan kebanyakan daripada mereka berpuas hati dengan hasil yang diperolehi.

Papadom Marketing mula beroperasi dengan lebih meluas setelah didaftarkan secara rasmi dan mengembangkan lagi skop servis yang disediakan. Selain membantu pemasaran bisnes dan syarikat, Papadom Marketing turut membantu projek-projek sosial untuk manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya. Sebagai contoh, kami membantu projek-projek pembinaan tahfiz, masjid, pusat tuisyen dan apa-apa projek yang memerlukan dana yang besar, sekitar RM 20 ribu hingga ke RM 3 juta, setakat ini.

Pejabat utama Papadom Marketing terletak di No. 38-2 Jalan 7/7B Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Walau bagaimanapun, ahli syarikat Papadom Marketing juga turut berada di sekitar Perak dan aktif untuk membantu klien yang memerlukan servis kami di sana. Kami membuka ruang dan peluang kepada pelanggan dari serata Malaysia dan luar Negara yang memerlukan khidmat kami.

Carta organisasi

Papadom Marketing Profile

PAPADOM MARKETING

Back To Top