skip to Main Content

WAKAF VAN TAHFIZ ADDIN

Pengenalan:

“Sebelum membeli sebuah van ini, kami menggunakan sebuah MPV Avanza.” Ujar Ustaz Abdul Hakim, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 11.

Alhamdulillah, hasil sumbangan daripada tuan puan, Tahfiz Addin Seruan Islam dapat membeli sebuah Van Nissan dan ianya telah memudahkan urusan Maahad dalam pelbagai hal.

Antaranya Permanfaatan Van Wakaf:

– Menghantar para pelajar untuk menyertai program dan aktiviti di luar sekolah.
– Menghantar para pelajar untuk mengikuti aktiviti kokurikulum.
– Menghantar para pelajar untuk memenuhi jemputan Majlis Bacaan Yaasin oleh masyarakat luar.
– Menghantar para pelajar ke stesen keretapi untuk pulang ke rumah.

Van yang dibeli hasil sumbangan serta wakaf ini digunakan dan dimanfaatkan secara optimum untuk kebajikan warga Maahad. Namun, Maahad masih memerlukan sejumlah RM1,170 untuk membayar ansuran bulanan van tersebut dengan pihak bank.

Begitu juga dengan kos penyelenggaraan van secara berkala demi memastikan keadaan van baik dan selamat untuk digunakan.

Keberhasilan Projek

RM117,121.98
77%

PAPADOM MARKETING

Back To Top