skip to Main Content

MADRASAH TAHFIZ ASY SYAKIRIN SEKINCHAN

Pengenalan:

Maahad Tahfiz As-Syakirin memerlukan RM20 ribu setiap bulan bagi menampung keperluan tahfiz.

Dengan jumlah 75 orang pelajar, setiap pelajar hanya bayar yuran cukup- cukup untuk makan minumnya sebulan. Yuran bulanan setiap pelajar hanya berjumlah RM300 setiap pelajar. Sekiranya kos makan RM10 sehari, maka, yuran tersebut hanya untuk menampung kos makan sahaja!

Kemana perginya infak Tuan/Puan?

Alhamdulillah, maahad Asy Syakirin baru sahaja selesai menjalankan aktiviti mengecat semula maahad. Cat yang sebelum ini telah luntur, lusuh dan tidak lagi selamat!

Oleh itu,pihak maahad mengucapkan TERIMA KASIH atas sumbangan Tuan/Puan sebelum ini yang telah banyak membantu. Bagi meminimumkan kos mengecat, pihak maahad cat sendiri bangunan menggunakan 30 tong cat yang berharga RM3,000.

Justeru itu, pihak maahad ingin memohon Tuan/Puan untuk teruskan sokongan serta dokongan Tuan/Puan melalui sumbangan-sumbangan ini. Mereka bukan berniat untuk bermewah-mewah tapi hanya ingin belajar dalam keadaan yang selayaknya.

Antara rancangan terdekat kehadapan ini adalah untuk :

  1. Menggantikan pintu tandas plastik yang telah berlubang-lubang kepada pintu tandas steel di 4 buah asrama yang memerlukan kos sebanyak RM2,000
  2. Menggantikan tingkap-tingkap yang telah pecah dan sangat berisiko sekiranya pelajar terpijak!
    Tingkap sliding yang baru memerlukan kos sehingga RM1,800 untuk satu asrama, RM7,200 untuk 4 asrama

 

Tidak termasuk kos-kos lain yang perlu ditampung oleh Maahad seperti :

  1. Pembangunan serta aktiviti pelajar seperti perkhemahan kepimpinan, aktiviti sukan dan lain-lain.
  2. Pengangkutan kesemua 75 orang pelajar lelaki  untuk ke solat jumaat. Setakat ini  hanya mempunyai sebuah van. Untuk membawa pelajar ke masjid untuk menunaikan solat jumaat yang berjarak 3KM dari tahfiz, mereka terpaksa berulang-alik 4 KALI !
  3. Gaji ustaz serta ustazah yang mengajar disini. Bagi memenuhi syarat minima gaji RM1,200 yang telah ditetapkan oleh kerajaan, sungguh, mereka tiada sumber dana untuk itu!

Keberhasilan Projek

RM57,844.89
22%

PAPADOM MARKETING

Back To Top