Maahad Tahfiz AlQuran WalQiraat ADDIN 4, Tapah sedang menyiapkan bangunan asrama pelajar lelaki, dan memerlukan RM 240,000 buat fasa sekarang.
Pelajar terpaksa tinggal di tempat sempit dan yang kurang selesa sementara menunggu pembinaan siap.
Progress terkini pembangunan :
Baru sahaja siap bina dinding bagi balai ilmu yang sebelum ini tiada dinding . Hanya ada lantai dan bumbung. Kegunaan balai ilmu adalah sebagai dewan dan untuk aktiviti aktiviti kokurikulum
Dalam proses menyiapkan bilik guru dan asrama lelaki yang sekarang sempit dan ruang terhad.
Dalam perancangan membina bangunan asrama yang baru bagi luaskan lagi ruangan bilik kuliah disebabkan oleh permintaan dan pendaftaran yang ramai dan semakin meningkat. Satu bangunan asrama bernilai RM1.3 juta
Dalam proses untuk siapkan surau jumaat bagi memudahkan para pelajar solat jumaat. Sekarang para pelajar terpaksa berjalan sejauh 2KM untuk solat.